CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

here we talk about everything

Friday, August 19, 2011

change your words change your world

assalamualaikum...salam pagi sabtu n salam Ramadhan..
hari nie just nak kongsi satu video yang penuh dengan pengertian..
video nie saya terpandang dekat fb seorng kakak..(cantik orng nyer)
jom tengok n buat konklusi sendiri..

 
selepas tengok video nie..ape yang korang dapat simpulkan???


p/s: ini lah yang dikatakan POWER OF WORDS...
      bnyak pengajaran kita dapat dalam video nie..antaranya :
      -bersedekah- bukan hanya dengan wang ringgit malahan dengan senyuman dan pertolongan juga 
        ialah sedekah...
      -bersyukur dengan nikmat yang Allah beri...
      
     semoga video nie memberi manfaat kepada kita semua..dan menpraktikkan amalan-amalan yang mulia     
      pada bulan Ramadhan yang penuh barakah ini dan bulan-bulan yang lain...
    
     "apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan 
      kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka  
      sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosan yang dilakukan akan terus kekal"-Saidina Ali
      

Thursday, August 4, 2011

bulan Ramadhan bulan berganda

salam ramadhan al-mubarak people..")

semoge bulan yng penuh rahmat ni di hiasi dengan amalan-amalan yang mulia.
seperti yang kita tahu, setiap apa saja yang dilakukan pada bulan yang mulia ni 
akan mendapat balasan berganda.
selain daripada itu, bulan ramadhan ini mempunyai banyak kelebihan.
Antara hadis yang menceritakan tentang kelbihan bulan ini adalah : 

". Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-"
". Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-" 

". Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-" 

 "Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-" 

" Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :" Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-"

* Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah..
* Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
* Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

* Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat. 
*Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

* Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.
* Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.
* Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
* Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
*Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak..
* Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Dengan kelebihan-kelebihan yang terdapat pada bulan ramadhan ini..marilah kita sama-sama merebut dan menggandakan pahala dengan melakukan amalan-amalan yang mulia.. 

wassalam...