CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

here we talk about everything

Wednesday, December 28, 2011

FELC full of sweet Memories

assalamualaikum...
dah lama aku x ber-blog...malam ni tiba2 je gatal tangan nak menaip..heheehe
okay, tujuan ber-blog malam nie sbb nak....cte n mengimbau kembali memori zaman FELC..
erm,..mmg best bila imbas kembali memories dulu2...salah satunya lagu nie..febereeet lah dulu-dulu...

haaaa....lagu nie lah...mase blaja english dulu..aku yang mula2 influence kwan2 dgr lagu nie & apa yng kami buat ialah MENARI!!!! 
mase tu xyah ckp lah...semua sporting je menari..lpas je training netball ,semua bergegas pergi surau..n then menyanyi n menari..dah lah kt surau..adoiii!!(nasib baik mak n pak cik guard x tau..klau tau xtau lh kne denda apa)
tpi xpe...semua tu dah jdi kenangan..n yang pnting,kenangan terindah..
okay,sampai sini jelah ...cm malas plak nak ber-blog..tbe2 je kan..?hahaha
sbenarnya just nak update je blog nie...
sbb dah lame sngt x bukak n x update..so, THE END

p/s: sem 2 dah pon nk berlabuh tirai..n 10hb nie ak dah start paper..it's OPEM..n last paper- FIN 426..
doa-doa kan lah moga aku berjaya dalam exam sem 2 nie..hope will get DL again n again smpai last sem..
AMIN....:)


that women

jom layan lagu nie.mlm2 cmnie best gak layan2 lagu korea...sebenarnya dah lame x layan lagu korea..so, this nite tetibe je nak dgr balik...lyrics dye mmg best n menyentuh hati..so,dgr kn..:)




Tuesday, October 25, 2011

people please don't be T2M

ASSALAMUALAIKUM...

minggu nie aku geram sket..
sebab ade makhluk Allah yang x pndai nak bersyukur dengan apa yang dia ada 
dan suka pulak cakap belakang pasal orang lain..
ingat dia PERFECT sangat..nak tunjuk kat depan orang yang dia tu BAIK..padahal,belakang orang lain elok je dia kutuk..bila kat depan cakap elok-elok tpi kat belakang ..Allah,mintak jauh lah kan....
dia ni ibarat TALAM 2 MUKA...
benci btol ngn  orng cmni...ish,...sumpah geram ngn orng cmni!!!!!

harap orng yang cmni cepat2 lah ubah perangai dia..bukan ape,...perangai cmni x bleh bawak kemana-mana pn..t mkin ramai yang x suka..t baru tau lngit nie tinggi ke rendah..ye lah,slama ni kutuk orng smpai x sedar lngit tu cmne..jangan merana di kemudian hari sudah..
INSAF-INSAF LAH KAWAN!!! KAKI ANDA SEDANG MEMILIH UNTUK MASUK KE NERAKA @ SYURGA..

Saturday, October 1, 2011

new semester for new life

assalamualaikum...
lama saya x update blog ni...
ye lah, dah start study balik..
so ,jarang2 lah nak 0n9..:)
 
-------------------------------------------------------------
kelas pon dah start untuk sem 2 nie..
banyak gler project2 yang kena buat..
n for sem nie uitm dah gna sistem OBE..
ape2 je students yang kena handle..
.lecturer just tambah je information yang perlu..
senang cite,..student jadi  advance lecturer ..haha..

_____________________________________________________
sem nie duduk 1 umah ngan k.seha,azie,pika n muni..
dyeorng ni okay je..
xd pape masalah..n kteorng dah pon buat kerja gler..
balik kelas p melepak dekat kdai cendol...
mmg terbaek!!!!!bosan2 kteorng p MM..
HAHA....habis kan duet yang mmg dah habis...
tu lah kerja yang kteorng slalu buat..

______________________________________________________
skian untuk enrty sem ini..
sebarang kesulitan harp di baiki sndiri..haha:)
jom,layan lagu nie...lagu tema kereta kami...sepanjang perjalanan ke UITM...
 
created by,
najwa sani

Friday, August 19, 2011

change your words change your world

assalamualaikum...salam pagi sabtu n salam Ramadhan..
hari nie just nak kongsi satu video yang penuh dengan pengertian..
video nie saya terpandang dekat fb seorng kakak..(cantik orng nyer)
jom tengok n buat konklusi sendiri..

 
selepas tengok video nie..ape yang korang dapat simpulkan???


p/s: ini lah yang dikatakan POWER OF WORDS...
      bnyak pengajaran kita dapat dalam video nie..antaranya :
      -bersedekah- bukan hanya dengan wang ringgit malahan dengan senyuman dan pertolongan juga 
        ialah sedekah...
      -bersyukur dengan nikmat yang Allah beri...
      
     semoga video nie memberi manfaat kepada kita semua..dan menpraktikkan amalan-amalan yang mulia     
      pada bulan Ramadhan yang penuh barakah ini dan bulan-bulan yang lain...
    
     "apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan 
      kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka  
      sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosan yang dilakukan akan terus kekal"-Saidina Ali
      

Thursday, August 4, 2011

bulan Ramadhan bulan berganda

salam ramadhan al-mubarak people..")

semoge bulan yng penuh rahmat ni di hiasi dengan amalan-amalan yang mulia.
seperti yang kita tahu, setiap apa saja yang dilakukan pada bulan yang mulia ni 
akan mendapat balasan berganda.
selain daripada itu, bulan ramadhan ini mempunyai banyak kelebihan.
Antara hadis yang menceritakan tentang kelbihan bulan ini adalah : 

". Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-"
". Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-" 

". Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-" 

 "Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-" 

" Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :" Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-"

* Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah..
* Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
* Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

* Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat. 
*Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

* Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.
* Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.
* Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
* Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
*Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak..
* Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Dengan kelebihan-kelebihan yang terdapat pada bulan ramadhan ini..marilah kita sama-sama merebut dan menggandakan pahala dengan melakukan amalan-amalan yang mulia.. 

wassalam...

Monday, July 18, 2011

yes,my bro dah sampai malaysia

hhuuhhuhu....
semalam kul 10 lbih along call..
dye cakap dye dah sampai malaysia..
huuhuh..x  sbr nak jmpe along..nak tgok muka dye yng semkin gelap..dah ala-ala bangla..hahaha.tu lh sape suh main bola kul 12 tgah hari.mcam mne x gelap..hmmm...nak tgok ape yang along beli..
umi cakap banyak barang yang along belikan..ye lah 2 minggu p makan angin kat UK (ye lh sebenarnye nak jmpe k.imah)..
mesti seronok...tringin nak p jgak..p x de rezeki lgi..insyaAllah ,smpai gak kt sne suatu hari t..mne tau 
sambung mster kt sana..k.imah dh ajak dari awl2 lgi..insyaAllah,abis je degree nie..nak trus wat master..xnk bazir-bazir kn masa yang ada...
 k,back to the story,..21hb nie bru along sampai trengganu..dye de hal yng nk d uruskn..so 21 nie p amek along kt airport lh...huhu..can't wait...x sabar nak hitung hari....huhu...

p/s: along xyah tunggu smpai 21hb bru nak blik..blik arinie trus lh...nak tgk barang pe yng kau beli untuk adikmu yng tersyang nie..kihkihkih..

Friday, July 15, 2011

friends

assalamualaikum..

hari nie just nak share quote ni..

Respect those friends who find time for you in their busy schedule,but really love those who never see their schedule when you need them.


untung kan kalau ada kawan camni...tapi sekarang susah nak dapat kwan camni...
klau yang ada pon yang masa susah datang cari, masa senang lari kan diri..
tapi ana bersyukur sebab ana sentiasa dikelilingi orang-orang yang senantiasa kenang jasa orang dan sentiasa ada apabila diperlukan...

Wednesday, July 13, 2011

happy birthday to my umi..:)

Allah selamat kan kamu..
Allah selamat kan umi..
Allah selamat kan wan fatimah zaharah
Allah selamat kan umi...

sempena meraikan hari lahir umi..abah telah bawa umi & ana pergi ke MESRA MALL untuk menikmati makanan yang enak-enak..macam2 kami makan..sampai lupa akan HL..hehe..(just for this day,okay)
selepas makanan selamat masuk ke dalam perut & uerkkkkk!!(alhamdulillah)kenyang2..hehe
then,kami bergerak dari satu kedai ke kedai yang lain untuk mencari mangsa( barang) yang bakal kami beli..
tuuu dia!!!masuk kamdar...apa lagi beli kain la...nak wat langsir pintu...raya punyer pasal,,hehe
then, bergerak ke reject shop..yes!!! ana dapat baju free..hehe..bodek2 aboh..dapat baju 1..hehe..
umi plak dah de yang berkenan tpi x de siza lah plak.baru je aboh nak belanja,,hehe..
xpe2..umi cakap t 29hb nie p johor dye nak tuntut balik hadiah dari aboh..hahha...bersedia ye aboh!!!
n then kami jalan2 lagi ..n beli bola untuk exercise..yeyeeeeee!!!dpt exercise..huhu..
lastly,masa perjalanan nak balik..kteorng singgah McD...order GCB..huhuh...kenyang yang amat...syukur alhamdulillah ..tapi bila teringat masa nak order tdi mmg kelakar..haha..(ana x nk cte..bia lah rahsia)hahaha

p/s: selmat hari lahir yang ke-48 umi...sayang umi sangat..luv u umi..:)& mmg happening gler adik buat kejutan..sampai umi menangis..umi said."today i'm very happy(ana ngan aboh) and overwhelmed (adik  bgi kejutan yang gempak) with suprise by the children and my husband".. 

Friday, July 8, 2011

lomography effect

assalamualaikum..
awesome right.. if we have lomography camera..
we can snap everything that we look nice, unique, and likes..
just click and we'll  get the awesome pic.
even this camera is not digital camera(use film) but the effect is better than digital camera 
lets, have a look and enjoy the pictures from lomography camera..:)





Monday, June 27, 2011

YES!FINALLY,I GOT IT!! SIAPAKAH DI HATIKU?

huhu..
assalamualaikum people..morning!!anyong!!
today mood : arab mari..hhehe
 kaifahaluka??kaifahaluki?
hari nie ana sangat gembira..sebab tu ana post entri nie..:)
knp ana gembira??nak tau???huhu
k lah..ana gmbira sebab ana baru je jumpa link novel yang ana nak...
ana ni adalah peminat setia novel2, cerpen2 & komik2...
memang kerja ana sepanjang cuti 4 bulan nie mengadap laptop je..
apa yang ana buat???
apa lagi..baca cerpen ngn novel lah ..kat penulisan2u..
hari2 ana buka..hahaha..ana punya umi ngn abah sudah tau apa yang ana buat kalau senyap2 dalam bilik..
dah xde kerja lain yang ana slalu buat..mengadap laptop je 24jam..hehe
nia ana nak cerita skit pasal kisah2 cabaran/dugaan ana sepanjang pencarian novel nie..(cewwah,cabarn/dugaan konon..hahaha)
actually,ana dah lama cari buku nie..dri taun lpas lgi..ana slalu je p kedai buku..tapi setiap kali pergi msti ana akn kecewa lah..:(
sebab novel nie x de stock...limted editon pnyer..hampeh tol!!
banyak kali kot ana p kedai semata-mata cari novel tu..tapi skang ana mampu tersenyum kambing lahhhh..hahaha
takut plak ana tgk kmbing nie senyum..pakai braces plak tuh!!haha

sebab ana hanya perlu klik dekat sini..terus dapt baca tanpa keluar duit,,hari tu nyaris ana nk beli secara on9 dekat penulisan2u..nsib baik pembelian secara on9 tu diberhntikan untuk sementara waktu..(coffee break kot?haha)
nsib2..fuh!! haaa...tengok nie:
novel nie lah yang ana maksud kan..
haaa,,...dah baca blom??blom lgi??
msti lah belum...haaa...xsabar nak berkayal dengn novel nie..
tgok lh dye pnyer cover menarik je kan...
sebab tu lh ana nak baca..kawan2 ana pon dah ramai yang
dah baca..ana je belum"(..
xpe2...lepas ni ana boleh baca...
k lah readers ,..ana nak baca novel ni dulu...
sebelum ana TAMMAT kan entry nie..ana kasi sinopsis kat korang erk..
mne lah tau..korang pon ada niat nak baca jgak..hehe 

"INGIN bertanya pada hati, bibir berat berbicara... siapa yang bertakhta di hati? Hanya dia..."

Kata orang cemburu itu tandanya sayang dan boleh menguji sejauh mana perasaan cinta pada kita.. Tetapi kadangkala cemburu itu membuat diri menjadi tak tentu hala.

Perhubungan kasih yang cuba di hulurkan Tuan Megat membuat Miera dalam dilema. Hatinya masih menunggu kehadiran Haikal iaitu cinta pertamanya. Kehilangan Haikal bertahun lamanya tanpa khabar berita membuat Miera tertanya-tanya. Apa salahnya? Dalam masa yang sama sikap Tuan Megat yang sentiasa memburu cintanya meletakkan dia di persimpangan. Seperti janji Tuhan, setiap makhluknya tidak sempurna semuanya. Begitu juga dengan Tuan Megat. Dalam keperibadian yang terjaga masih ada kecacatannya. Demi keluarga, Miera menerima Tuan Megat dengan bersyarat dan cuba memberi ruang untuk mengenali lelaki itu. Tetapi tidak semuanya indah belaka. Panas yang diharapkan gerimis gugur juga. Kehadiran teman lamanya Jay Jay yang lebih bersikap tomboy dan kemunculan Haikal mencabar keegoaan Tuan Megat.

Siapakah yang dapat mengetuk pintu hati Miera hanya beliau sahaja yang tahu. Adakah Haikal kembali merebut takhta dan Tuan Megat menjeruk rasa? Dapatkah Tuan Megat memenuhi syarat yang ditetapkan dan bagaimana pula perhubungan Miera dengan teman karibnya. Perlukah Miera berkorban lagi untuk senyuman orang lain dan gerimis masih meniti bibir hatinya.

`THE END`






Sunday, June 26, 2011

looks too nice:)

happy gler dengan background skang..:)
thanks to cik hazia ayng coz gve the links...
all the templates are very nice...
xsabr plak nak tukar template lain..haha..
amboi ,tamak skng..hahaha..
btw,nice lol~:)

langgar pantang???ohhh..??

assalamualaikum people:)
hari nie aku ade crita HOT..HOT abis!!!

amboi cepat je korng nak tau....bab2 HOT cepat je.kan? kan??.hehehe
ye lh tajuk pon dh hot..langgar pantang plak kan..?
langgar pantang apa agak2 nya????SUSUK ke???amboi...!!
sampai ke situ plak..kita kan umat islam tau apa yang dilarang oleh islam..
xkan lh dengn tajuk langgar pantang je ingat kn susuk..cuba lah ubah  mindset kita tu..
pkir langgar pantang ibu2 bersalin ke..xpe lh jgak..
okay,sebenarnya langgar pantang nie di lakukan oleh aku..hehe..knpe aku ckp mcm tu??
ye lh arinie aku dah bedal makan  set double cheese burger
sedapnyerrr:_)yummyyy..:)

 ...hah!!!
double tu!!! semua double..so,berat aku naik pon double lh kan???
oh goshh!!!melayng je duit aku 300 tu...
amek kau!!!tu lh mse nak beli x ingt, mse makan lagi x ingt....skang!!
baru nak mnyesal...bermonolog," ye lh2...lepas nie aku dah x mkn dah..semua fast food aku x kn pandang lagi..insaf2..."
hah!!! nie lagi satu...
asl kau tipu umi ngan abah???ckp minum air klapa je..rupanya2 mcd...
bermonolog,"alah,tipu sunat je tu....t lau ckp kne marah...dh lme x mkn kot..tu yng rase tercabar..xleh nak tahn ..dri awl2 lagi dh nmpk mcd dah terlelh air liur..nak wat cmne??dah jdi dah pon..t aku gtau lh kt umi..p?
tgk lh 2minggu lgi bru gtau..hehe..kasi chance lh...hehe"
keplaa hotak kau chance!!!t amir dtng check,baru tau...
t bru tergagap-gagap nak jawab...

pengajaran kat ats nie ialah:
* kalau dah tau x leh mkn jgn nak gatal2 makn..fikir dulu,apa negatve nyer..kalau x rugi je beli HL tu..dah lah habis bertus-ratus..
*bersabar..sebab sabar tu sparuh dri iman..tahn nfsu tu dlu...


Thursday, June 23, 2011

kenapa lawak sangat hari ni??

haha..assalamualaikum..salam pagi semua...:)hahaha..
rasa nak gelak je memanjang,xnk berhenti..hahahaha
lawak-lawak..kelakar..sumpah kelakar...hahahha
asal aku cmni??
hahaha..
aku pon x phm..
boleh plak aku lupa umur aku brape??
ape lahh!!!hahaha
nie semua gara-gara nak ingat bila kteorng wat perjanjian nk gathering same-same after 10 years..
sebab nak pkir bila wat perjanjian tu lah aku lupa umur aku dah 20..haha..ape pnyer orng lah!!!
cam x caye je kan????dah 20 erk???biar betul..rasa cam semalam baru 19..tup tup tup...
pagi nie 20..

ermmmmmmm.....???brape taun lgi tinggal ni erk???haha..
skang aku tengah kira-kira...okay ,aku sem 2 kat alamnda.mse tu umo 19 taun dah..amboi,bru setahun.p asal rasa cm 2 taun dh??so ,tinggal 9 taun lgi lh kn...ape agaknya berlaku kt aku dlm tmpoh 9 taun tu???lama glerrr,pnjang nya masa.....agak2 t aku kerja apa??umah aku besar mana erk?banglo?semi-D?aku nak pilih huruf b..hehe..




.masa tu mybe aku dah habis wat PHD kn??


bestnya...pangkat msti besar t..hehe.bestttttt..
nak g anta umi ngn aboh g wat haji...insyaAllah..


erm......apa lagi erk???ohhhhh??kawin??hahahaha...
best je kan kalau kisah hidup aku cam dalam novel..aku lah penulis,aku lh heroinnya,..syok je...huhu..
macam2 aku boleh reka..hahaha..


apa??nak clue???haha..jap2..

haaaa..tu diaa!!!clue nya..hahaha..sama x can novel???
sama kn??hahaha...sebijik cam novel yang aku reka,patut lh aku menang award ritu..ahahha

~THE END~

p/s: kisah yng atas tu mmg btol lh kn...banglo2 semau tu..p yang last nie..aku main2 je..p klau jdi btol best jgak..ahaksss..hahaha..untuk kwan2 aku tu..jgn lh bila aku nk kwin je bru nk dtng ganu..buatnya aku x kawin cmne??hahaha..kn kempunan nak dtng ganu nie..dtng lh cnie,,kte p jlan2 kt pulau..haha..cerita ini adalah rekaan semata-mata..tidak ada berkait dgan si mati mahu pon yang masih hidup..hahahaha/..
peace no WAR,,:)

Saturday, June 18, 2011

jadikan hidup anda lebih bermakna dengan minuman herbal life:)

assalamualaikum semua...
kenapa saya ckp mcm kat atas tu??
okay, kini terbukti..herbal life mampu mengubah gaya hidup anda secara sihat...
macam mane???
senang je..hanya perlu minun je...functions herbal life nie: dapat menolong turun & naik berat badan(bagi ynag nk kurus & gemuk) dan nutrisi seimbang tanpa lapar n sihatkan tubuh anda n awek muda...
antara produk2 herbal life ialah f1 ,tea n etc..
f1 nie ade bnyak perisa..so ,anda x perlu lh rsau akan rasa..sbb herbal life nie ade mcm2 perisa iaitu
 tropical fruit(mcm psng),cappucino, dutch chocolate, french vanila n strawberry...so anda boleh lh pilih perisa mne yang anda suka...
formula 1(antara salah satu product herbal life)

okay,..kat sini saya nak cerita sket antara kejayaan2 yng telah pengguna herbal life kecapi...:
*en.Allen berjaya turun kan berat badan dalam mase 6 minggu sebanyak 6kg
*adik Anwar(12 tahun) turun sebanyak 10kg
*Aini berjaya turunkan berat badan sebanyak 15kg dlm mse 4 buln
*amalina(EEzema,jerawat migrain dan resdung)
*Pn. Che Gaya turun berat badan 8kg dan darah tinggi kurang..

terdapat bnyak lgi kejayaan ..dan contoh terdekat yang berjaya dengan penggunaan herbal life nie,adlah anak kepada kawan mak saya..sebelum menggunakan produk herbal life nie, bermcam produk yang dye telah guna antaranya JUSMATE..n dye ckp x de kesan @ perubahan yng dye dpt..tpi slps menggunakn produk herbal life nie dalam tempoh seminggu dye telah mndapt perubahn...antara perubahannya ialah menurunkn berat badan, semakin sihat, awek muda dan kulit menjadi cantik...

product herbal life nie 100% semula jadi dan tiada kesan sampingan..BUKAN ubat, dadah, atau pkaian pelangsingan badan ..dan dihasilkan oleh doktor pkar pemenang anugerah nobel dalam perubatan..
herbal life nie berada di lebih 70 buah negara dan kini baru  di malysia dan mempunyai lebih 60 juta pelanggan yang berpuas hati..& MONEY BACK GUARANTEE..


 sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:
Orang beriman yang kuat lebih baik dan dicintai oleh Allah berbanding orang beriman yang lemah.” (Hadis riwayat Imam Muslim).
Ia melambangkan kepada kita bahawa Nabi Muhammad SAW menyarankan umat Islam secara individu mahupun masyarakat mementingkan kesihatan supaya menjalani kehidupan lebih baik.
so,ape yang anda tunggu lgi??dapt kan dgn segera dengan pengedar2 herbal life.@ hanya click di laman web ini http://www.livewellmalaysia.com/ .SELAMAT MENCUBA :)

congratulation friends!!!

alhamdulillah...


selepas macam2 dugaan yang kami lalui akhirnya dapt kami tersenyum puas...
congrats to all students degree..YEAH!!!we're deserve to get it...


finally, thanks to ALLAH,my parent & friends for giving the best support ever i get...
i love you all :)congratulation friends!!!

Thursday, June 16, 2011

feeling not good this night..what happen??

assalamualaikum...:)
esok tepat je pukul
9 pagi
, i'll get my result for this sem..
it's very difficult to describe...brape erk pointer aku untuk sem ni?dekan lagi tak??
honestly , untuk sem ni aku tak berapa nak yakin sangat sebab soalan exam
semua memang tahap nyawa di hujung tanduk lahhhh..

faham-faham je lah kan...
mmg x di jangka soalan tu yang akan kuar..
what can i say , i hope tomorrow there will be miracles..
even x dapat dekan..if dapat maintain 3 pointer pon dah bersyukur sangat-sangat..
AMIN...

Sunday, May 1, 2011

i'm back

assalamualaikum..finally.i'm again..:)
long time no see yaa..
lately,i'm very busy with my final exam...
i had done almost 4 papers and mere 1 paper are left..which is BUSINESS LAW..
huuuuuuuu...this paper gonna make me crazy..how can i rmember all the cases n the sec..that's too alot.now,i don't know what chapters must i choose.but, i hope i can answers all the questions and hope Allah always by my side..gve me the peace for that subject..n can do it smoothly...& for the other papers that i had done.i hope i'll get the flying results..never and ever have the words 'REPEAT PAPER'..it's hurt uuu..!!
really dont want it..

pray for me yaaa..amin:)

Friday, April 15, 2011

final is coming..

huhhhh...tired gila sem nie...evry single things, assingments,tests had done with smoothly..fuhh!!lega yng teramt..
now,tunggu nak final je..preparation x buat lgi...what to do??
hurmm,this monday hve bckup law...& this thursday 1st paper(eco)...x bace ape pon lgi.camne nie???even dah blaja dah before this..asl still x leh??
dah lh this sem semua subjek membaca..dengan LAW, IS, & MGT...
pening nak pikir cmne nak baca n hafal semua tu...??
hope , Allah permudahkan sye n terangkan hati untuk semua subjek nie...
& last,hope i cn get what i want..
POINTER FOR THIS SEM MUST 3.5 ABOVE...FIGHTING NAJWA!!!

P/S: WISH OF ALL OF U GUD LUCK my friends...:)
isma,jaja,rahmah,fatin,sarah,lina,tnie,mel,ika,rin,k.seha,zulaiha,n siti..

Friday, February 18, 2011

at midnight

malam yang sangat tenang dan sunyi.bunyi kipas je yang aku dpat dengar skang..abah dan umi dah tdo..tinggal aku je yang belum..hurm..x tau nak wat ape malam nie..sepatutnya aku kena siapkan assignment yang kena submit 27 nie..tapi satu ape pon x jalan lagi..haishhh.,,selasa nie plak ade test IS ..aku x study lagi..ape nak jadi dengan aku sem nie???x serius lagi dgn study..asyik main je..
nanti dapat result truk baru nak menyesal..come on lah wawa..wake up!!
"sampai bila kau nak berangan cmnie..bukan dapt ape2 pon..!!future kau lgi penting...kalau kau x serius ngn study kau skang , xnmpak r future yang kau impikan..
cepat lh bangkit dan berubah ...back to be normal like before ..cam sem 3..kau dpt result okay dan gempak..sem nie x kan kau xnak cmtu"..klau blh evry sem aku nak DL..baru umi ngan abah bangga dapat anak macm aku..baru adik2 aku bersemangat nak belajar..bnyak benda yang aku x dapat lagi..tpi skang aku tgh aim nak dpt DL every sem
(nak naik pentas pngilan ijazah klas pertama),..nak p korea tahun depan., nak wat master n phd kat oversea...
so, at this moment aku kne ubah perangai aku yang malas, suka tdur, berangan memanjang dan layan movie korea n owang puteh...cuba jadi budak yang suke blaja cam dip dulu..najwa mesti boleh..fighting!!!

p/s kejayaan terletak di tangan aku sekarang..tunggu aku nak polish sampai berkilat je...
     dl lagi untuk sem nie dan seterusnya!!!FIGHTING!!

Friday, February 11, 2011

Opick - Rapuh ( bersama lirik )

sama-sama lah kita menghayati lagu ini..sesungguhnya cinta kepada ALLAH teramat agung..


Friday, January 14, 2011

Jason Mraz; Fly me to the moon (Cuatro version)

this song drive me crazy....love his style and love every words he says..love jason miraz..my mr.curious:)


WHEN


it's already 1.40 a.m..it's time 2 sleep..but i just want to share about my feeling tonite..
it was awesome memories that we had..BILE ??? have many when..WHEN :

1)kita di tempatkan dalam 1 kelas
2)kita mula berkenalan..
3)kita dah mula rapat
4)kita study same-same
5)kita hangout same-same kat mid tengok wayang
6)kita sem 2 ,kita dapat tinggal dlm 1 umah(tinggal sama-sama bersama 11 orng)
7)kita dapat housemate baru(tnie, lina and fatin)
8)kita 1 klas lagi untuk sem 2(bnyk kite belajrkn..be,eco,ctu,and msjid..same2 ngn ustaz faris..xlepeh nk trik napeh)ingt x ayat tu??heehhe
9)kita layan movie sama-sama(cte hantu,hindustan,korea n so on)happy je kan time tu...
10)kia makan sama2(lau blik kolej msti bawak mknn...rindu kt spageti jaja...time tuh rumah penuh
dngan makanan..)
11)kita sambut birthday(hepi sangat2 walpon kte celebrate kt umh n kedai jabir)haha
12)kita bermaaf-maafan
13)kita study sama2 n ramai2 dekat hall setiap ari...(semua semngat study sampai umah x nmpk rupe umh..buku x tau nk duk tmpat asl..pensel,kertas..mcm2 r...mne2 je ade tmpat kosong kte study,asl kn blh study...p yng pling best study kat hall..ats lntai wlpon sejuk sambil baring..mse tu bnyk skuad2 yng kte ade.....)
14)kita tengok bnga api(mase tu raye cina..bnyk cina men bunga api..kte tgk je..n time tu kita
tengah berjuang..sbbnyer mase tu kte tgh nk final..study)
15)kita sama2 tdo lmbat semata-mata study untuk final (aku ngn lina pkul 7 pagi bru tdo,study
pnyer pasal)
16)kita selalu ade session for our future(ade je mnde yang nk di bahaskan..terutama pasl KAHWIN.
that time we always talk about that,..i dont know how the topic come up...but we always talk
about it..)
17)kita buat agreement( akan jmpe slps 10 tahun start from end of sem 2...ya lah..after the
end of sem 2 all of us back to home n sem 3 we had separated..half at K.PILAH n others at
JENGKA.. but now i still wait the no of 10 come soon..ape agajnyer rupe kita mse tuh..dh
brubah @ still the same..)
18)kita BERPISAH( sedih plak bile tringat time nie...ble time berpisah nie yng pling people x suke..p nk wat cmnekn dah mmg adab pertemuan,always have perpisahan..korang ingt x video kte mse
nk berpisah tu??i'll wtching de video if i'm missing u guys..MISS u guys so MUCH!!!)

THAT is the last when ...n i still wait the new WHEN..BUT xtau ble..maybe 10 years after this...??maybe..i hope dat..

korang,
aku harap kita akan kekal berkawan sampai bila-bila..kalau blah kte berkawan dekat dunia n akhirat..bak kate pepatah" berkawan biar seribu, bercinta biar satu" tpi cinta yng satu ssh kita nk dapat n cari..cinta yang satu hanya pada yang esa..tpi ada satu lagi cinta yang perlu kita cari iaitu CINTA SEJATI PADA PERSAHABATAN...InyaAllah cinta itu akn berkekalan..Amin..

TO LINA,ISMA,JAJA,FATIN,TNIE,SARA,IKA,TIMA...kenangn bersama korang akan aku pahat dalam hati n memori aku..sampai ble2 kenangn nie x kn pudar..aku cume berdoa agaar kte semua berjaya menggapai ape yng kta inginkn..KEJAYAAN MENANTI KITA..:)
hias kn dirimu semua wahai sahabat dengan iman yang teguh,cinta pada-Nya dan cinta pada nabi2,ibu ayah n keluarga...senyum sokmo:)

Saturday, January 8, 2011

umah sewa yng sangat x best!!



erm,,,....lps mgrib nie abah ngn umi nk anta aku blik..huhu...
cm x nk blik je..p nk wat cmne .t..aku upload gmba umh sewa sardin tuh..tahu nk menyumbat orng je mkcik tuh...k.r..nk p siap2 dulu..t de mse aku terjah lgi kt lmn nie...
cinta yang hakiki hanya pada Allah..itu lh cinta abadi..
assalamualikum...")